CATATAN DARI HATI (SEJAK AKU MENGENALIMU)

Sejak aku mengenalimu ,
Kuntum – kuntum bunga
Di laman hati
Beraroma dengan wangi
Menjinakkan kegusaran
Yang bertahun – tahun h
idup di rimba keharuan .


Aku ingin mengenali ,
Seluruh daerah hatimu
Ingin meneroka jalan
Tanpa simpang dan liku
Kerana di situ hatiku
Akan bermukim
Sehingga tamat
Seluruh musim .


Sejak mengenalimu ,
Semua pintu mula kubuka
Agar kau yang pertama
Sudi memasukinya
Dan aku sudah
Menyusun berhias
Mesramu di setiap
Ruang dan bahagian
Agar lebih akrab
Saling sayang menyayang
Dengan kepercayaan .


Sejak mengenalimu ,
Kudepa seluas langit
Agar kau bisa
Rasa degup jantungku
Yang tak pernah berhenti
Dengan berharap 


Terima kasih
Rela aku mengenalimu .

KEHIDUPAN

Ramai orang bilang kalau hidup adalah suatu perjuangan dimana penuh dengan dugaan dan cabaran . 
untuk hidup . segalanya harus di lakukan .
untuk hidup . ku fikirkan apa yang terbaik .
untuk hidup . aku mencuba untuk selalu sabar .
untuk hidup . ku ingin ada orang yang boleh jadi segala untukku .
untuk hidup . kucari kebahagiaan yg sulit untuk di dapat .
untuk hidup . aku mencuba merubah apa yang ada .
untuk hidup . aku tersenyum .
untuk hidup . aku mengalah .
untuk hidup . aku menutup diri .
untuk hidup . aku menangis .
untuk hidup . aku tertawa .
untuk hidup . aku berjalan dan berlari .
kerana hidup ini membuatku berfikir apa yang akan terjadi bila aku hanya berdiam diri .

CATATAN DARI HATI

           Manusia . Manusia adalah manusia . Setiap manusia mempunyai perasaan . Manusia . Manusia tidak dapat lari dari mempunyai perasaan . Manusia . Manusia mudah tersentuh perasaan . Tidak ada seorang manusia yang tidak tersentuh perasaan . Manusia . Manusia mempunyai ego . Manusia . Manusia mempunyai ego yang terlalu tinggi . Manusia mempunyai akal . Akal di anugerahkan oleh Tuhan supaya manusia boleh berfikir . Kadang kala manusia leka dan lalai . Manusia . Manusia mudah lupa . Manusia mudah lupa diri . Manusia . Manusia mudah digoda dan tergoda . Dan inilah manusia .
           
           Kadangkala imaginasi itu indah . Kadangkala perasaan itu indah . Kadangkala pujian itu indah . Kadangkala sesuatu pandangan itu indah . Kadangkala kata kata itu indah . Kadangkala senyuman itu indah . Kadangkala gurauan itu indah . Kadangkala pujukan itu indah . Kadangkala mimpi itu indah . Kadangkala suara itu indah . Kadangkala marah itu indah . Kadangkala merajuk itu indah . Kadangkala rindu itu indah . Kadangkala dan kadangkala . Dan inilah manusia . 

            
           

GADGET

Sekarang kita dah masuk ke zaman yang lebih maju . Dah macam macam alat atau gadget dah di cipta untuk kemudahan atau kegunaan manusia . Seperti contoh handphone , semakin tahun semakin canggih handphone . Bagi golongan orang yang terlebih duit , pada mereka benda benda nie murah jea . Yang terkini satu alatan atau gadget yang seperti skrin netbook . Tergolong dalam golongan apa pon aku tak tahu . Di beri nama IPAD dan yang terbaru IPAD 2 . 


Aku pon tak tahu apa yang best sangat benda nie . Tapi setelah menguji kaji/cuba gadget nie , boleh tahan lah benda nie . Dengan menggunakan jari sahaja untuk memilih apa sahaja yang kita nak . Orang putih cakap TOUCH SCREEN .

Ini ialah senarai harga bagi IPAD di MALAYSIA

Harga IPAD



Harga IPAD 2

Jika anda mempunyai duit lebih , anda boleh membeli gadget nie . Tapi bagi yang tak berkemampuan , anda tengok sahajalah gadget nie . SEKIAN 

SELERA

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARGA WARGA YANG BERADA DI DUNIA INI *haha dah mcm buad ucapan pulak . oke malas nk cerita benda benda pasal cinta lah ape lah , tuh semua mengarut! mai kita cerita pasal makanan , haaa ! oke aku nak kongsi serba sedikit psl makanan . cerita nie berdasarkan selera aku , berkaitan psl benda benda yg bole mningkatkan selera makan kita . aku nk kongsi sikit ape yg aku suka .





PETAI , ia bole meningkatkan selera makan , tp tak semua org suka makan . ade yg cakap petai nie busuk lha ape lah , mmglah dorg cakap mcm tuh sebab dorg belom makan . mmglah petai ade bau yg kurang menyenangkan sbb bau petai nie kuat , kahkah . tapi sekarang MAT SALLEH pon da pndai makan , org malaysia jea jakun tak pndai makan . nak dptkan petai mmg susah sebab petai ade musim .




CENCALOK/CINCALOK , fuhh cencalok/cincalok nie mmg sedap . kalau makan nasi sepinggan mmg tak cukup , haha . tp cencalok/cincalok nie kt MELAKA jea ade . aku nie org JOHOR pon suka makan tp ade jual jugak lah kt JOHOR , tgk kedai jugaklah . senang cerita mmg takde lah , haha . tak semua org pndai makan cencalok nie . tp kalau kene skali , pehh mmg syok !





BUDU , sejenis makanan yg lebih kurang mcm cencalok , memang sedap . tp kalau nk makan budu kena kirim/pergi pntai timur sane , wahh ! 





JERING , jering atau orang jawa panggil jengkol , sama mcm petai tp rasanya agak pahit sikit . tak silapaku jering nie pon ade musim jugak . tp kebanyakan org muda tak suka makan sebab tak sedap . aku pon kadang kadang jea makan . tp kalau dahlapar , aku sebat jea makan .


okelah da penat aku membebel nie , SELAMAT MENIKMATI APA SAHAJA MAKANAN YANG ADA DI HADAPAN ANDA .
setelah sekian lama tak post something kt blog nie . haihh ==' aku rasa blog aku nie mengarut .